Skip to main content

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Majin Buu dari siri anime Dragon Ball Z bakal tiba sebagai watak DLC buat permainan Jump Force yang bakal tiba ebrsama watak Bakugou yang diumumkan sebelum ini.

Terkini, Bandai Namco akhirnya memperlihatkan satu video acah khas yang memperlihatkan watak Majin Buu tersebut.

Majin Buu merupakan watak penjahat buat siri Dragon Ball Z. Namun, beliau kemudiannya menjadi baik selepas bertempur dengan Goku dan berdasarkan video acah yang dipertontonkan di atas, kemahiran ikonik Majin Buu untuk menukar musuh kepada coklat juga bakal tiba buat permainan ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran watak DLC ini masih belum diumumkan. Namun, Bandai Namco menyatakan Majin Buu bakal tiba sekitar tahun ini bersama-sama watak DLC Katsuki Bakugou.

Jump Force merupakan permainan perlawanan oleh Bandai Namco yang memfokuskan pelbagai watak-watak anime seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply