Skip to main content

Lanjutan daripada laporan kami berkenaan kemaskini terbesar seterusnya buat No Man’s Sky sebelum ini, Hello Games hari ini akhirnya mempertontonkan video acah buat kemaskini tersebut secara rasmi.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kemaskini Beyond buat No Man’s Sky bakal dilancarkan pada 14 Ogos 2019 ini secara percuma buat semua pemilik permainan tersebut.

Melaluinya, kemaskini tersebut menyertakan pelbagai pernambahan seperti mod realiti-maya, bentuk multi-pemain yang dikembangkan dan ianya dinamakan Nexus. Melaluinya, ianya membenarkan pemain untuk berinteraksi sesama pemain lain di dalam satu ruangan khas dan pemain juga berupaya untuk mempamerkan kapal angkasa, pakaian angkasa dan sebagainya bersama-sama pemain lain.

Menurut Hello Games, kemaskini ini dibangunkan sepanjang 12 bulan dan asalnya ianya akan dilancarkan secara 3 kemaskini berbeza. Namun, Hello Games mengambil keputusan untuk melancarkannya serentak menjelang minggu hadapan.

Semestinya dengan kemaskini ini, permaian No Man’s Sky bakal menjadi satu permainan yang penuh dengan kandungan dan berdasarkan video acah yang dipertontonkan di atas, permainan tersebut kelihatan sangat mengasyikkan sekali dengan pelbagai ruangan angkasa buat pemain untuk terokai dan pelbagai makhluk yang pemain boleh temui.

No Man’s Sky telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply