Informasi Permainan Video Terkini
Ganjaran Pra-Tempah Untuk Shenmue 3 Diumumkan
PC

Ganjaran Pra-Tempah Untuk Shenmue 3 Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 8, 2019 oleh .

Deep Silver hari ini mengumumkan ganjaran untuk pemain yang pra-tempah Shenmue 3 iaitu permainan seterusnya bagi siri permainan Shenmue yang dibangunkan oleh Ys Net.

Ganjaran yang diberikan adalah barangan yang boleh digunakan di dalam permainan iaitu;

  • 3 Botol Snake Power – Snake Power merupakan ubatan yang dapat menambah tenaga semasa pertempuran.
  • 5000 Playing Tokens – playing token boleh digunakan di kawasan perjudian di dalam permainan ini.
  • Skrol Blazing Kick – skrol boleh digunakan untuk belajar kebolehan tertentu.
  • 24 Tiket Untuk Toy Capsule

Shenmue 3 akan dikeluarkan pada 19 November 2019 untuk PlayStation 4 dan PC melalui Epic Games Store.


TIPS & ULASAN