Skip to main content

Sebelum ini, Google mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara khas Stadia Connect dalam masa terdekat ini untuk mengumumkan kandungan baharu buat servis tersebut. Terkini, tarikh acara tersebut akhirnya diumumkan di mana ianya bakal berlangsung pada 20 Ogos 2019 ini pada jam 1 pagi waktu tempatan.

https://www.youtube.com/watch?v=uVYW5KWLk0w

Menurut Google, acara tersebut akan memperlihatkan sebilangan informasi lanjut berkenaan servis Stadia, termasuklah permainan-permainan yang bakal tiba di platform tersebut.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ianya diumumkan.

Leave a Reply