Informasi Permainan Video Terkini
DuckTales: Remastered Akan Dihentikan Jualan Secara Digital Menjelang Hujung Minggu Ini

DuckTales: Remastered Akan Dihentikan Jualan Secara Digital Menjelang Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Ogos 7, 2019 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan yang mana permainan DuckTales: Remastered yang dilancarkan beberapa tahun lepas, akan dihentikan jualan digital di platform-platform pelancaran permainan tersebut bermula 8 Ogos 2019 ini.

Antara platform yang akan terjejas adalah konsol Wii U, Playstation 3, Xbox 360, Xbox One dan juga PC melalui Steam. Sekaligus bermula 9 Ogos 2019 kelak, anda tidak lagi berupaya untuk membeli permainan DuckTales: Remastered mengikut platform di atas.

Menurut Capcom, bagi anda yang sudah memiliki permainan tersebut di mana-mana platform terpilih, anda masih lagi berupaya untuk mengakses dan bermain permainan tersebut, termasuklah versi digital dan juga versi fizikal buat permainan tersebut.

Menariknya sekali, bagi anda yang masih belum memilikinya, Capcom hari ini mengadakan jualan khas bersempena dengan pengumuman ini mengikut platform pilihan di mana melalui Steam, ianya boleh dibeli dengan harga serendah RM12.25.

DuckTales: Remastered merupakan permainan paltformer yang dibangunkan oleh WayForward dan Capcom. Permainan tersebut adalah permainan pernambah-baikkan daripada permainan DuckTales yang dilancarkan hampir 30 tahun lepas. Melalui versi pernambah-baikkan ini, ianya menerima pelbagai pengubah-suaian visual yang dinaik-tarafkan.


TIPS & ULASAN