Informasi Permainan Video Terkini
Rocket League Akan Berhenti Menggunakan Mekanisma Kotak Tikam Tidak Lama Lagi

Rocket League Akan Berhenti Menggunakan Mekanisma Kotak Tikam Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 7, 2019 oleh .

Rocket League, permainan video yang menggabungkan bola sepak dan kenderaan boleh dikatakan salah satu permainan PC dan konsol yang sangat popular, terutamanya dikalangan generasi muda.

Permainan tersebut hadir dengan kemaskini yang banyak, seperti rekaan warna dan kenderaan yang berbeza, tetapi sayangnya banyak daripada kandungan-kandungan ini dikunci dibelakang mikrotransaksi kotak tikam yang memerlukan pemain untuk berbelanja dengan banyak untuk mendapatkan benda-benda yang diingini.

Pysonix baru sahaja mengumumkan bahawa konsep kotak tikam tersebut akan dihentikan dan akan ditukar dengan kedai dalam permainan dimana pemain boleh membeli terus kandungan-kandungan yang mereka ingini, dan tidak perlu risau samada mereka akan mendapatnya ataupun tidak.

Menurut Psyonix, penggunaan mekanisma kotak tikam ini akan dihentikan menjelang penghujung tahun ini, akan tetapi kandungan-kandungan tambahan lain seperti Rocket Pass Premium, DLC dan kandungan Esports Shop akan terus dijual seperti biasa kerana tiada elemen perjudian didalam kandungan tersebut.

Butiran khusus mengenai bilakah mekanisma kotak hitam ini akan dihentikan, dan cara kedai dalam-permainan Rocket League akan berfungsi selepas ini akan diumumkan di masa akan datang.


TIPS & ULASAN