Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, SEGA bakal melancarkan konsol retro mini khas seakan Nintendo dan Playstation sebelum ini, iaitu SEGA Genesis Mini (SEGA Mega Drive Mini di pasaran Jepun) pada 19 September 2019 ini.
Dengan pelancarannya yang semakin hampir, SEGA minggu ini memperlihatkan satu video acah khas yang mana memperlihatkan konsol tersebut dengan lebih lanjut dengan sebilangan permainan-permainan yang bakal tiba bersama.
Melalui video acah tersebut, SEGA memperlihatkan sebilangan permainan yang bakal tiba secara terbina dan menurut SEGA, mereka akan menyertakan 40 permainan dan 2 permainan bonus diumumkan melalui video di atas, sekaligus meletakan konsol tersebut mempunyai 42 permainan secara terbina.
Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba:
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, SEGA juga menyatakan bahawa konsol ini akan menyertakan dua alat kawalan SEGA Genesis dengan sambungan USB bersama-sama dengan kabel mikro USB, penyesuai kuasa dan kabel HDMI . Ianya bakal tiba di pasaran dengan harga jualan sebanyak $79.99(~RM327).
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, kami percaya ianya bakal tiba di pasaran Malaysia melalui gedung-gedung jualan atas-talian seperti Shopee dan Lazada menjelang September kelak.