Informasi Permainan Video Terkini
Langganan Disney+, Hulu Dan ESPN+ Digabungkan Dengan Satu Pakej Berharga Sekitar RM54

Langganan Disney+, Hulu Dan ESPN+ Digabungkan Dengan Satu Pakej Berharga Sekitar RM54

Diterbitkan pada Ogos 7, 2019 oleh .

Bulan April lalu Disney mengumumkan harga langganan buat perkhidmatan penstriman video mereka. Ia berharga hanya $6.99, iaitu sekitar RM29 sahaja. Perkhidmatan ini akan dilancarkan secara rasmi kepada umum pada 12 November 2019 nanti. Cuma tidak pasti jika ia akan dilancarkan secara berperingkat atau tidak.

Bagi pengguna di Amerika Syarikat, Disney telah mengumumkan satu tawaran yang lebih hebat. Dengan harga $12.99, iaitu sekitar RM54 sahaja – pengguna akan melanggan perkhidmatan penstriman Disney+, Hulu dan juga ESPN+. Harga ini adalah hampir dengan harga bulanan Netflix, RM51. Ini bermakna, Disney menawarkan satu berkas langganan yang sangat murah dan sangat mampu milik. Dengan harga yang hampir sama dengan Netflix, pengguna boleh mendapatkan 3 langganan serentak.

Disebabkan Hulu dan ESPN+ hanya terdapat di negara terpilih sahaja, tidak dinafikan yang kelak di Malaysia – Disney mungkin hanya akan tawarkan pelan Disney+ biasa sahaja. Dalam Disney+ ini juga turut akan disertakan siri-siri TV tersendiri Disney, seperti drama bersiri Marvel Cinematic Universe. Untuk informasi lanjut mengenai langganan ini, sama-sama kita nantikan bulan November akan datang.


TIPS & ULASAN