Skip to main content

Square-Enix sebelum ini melancarkan Star Ocean: Anamnesis yang mana ianya adalah satu permua khas berdasarkan siri Star Ocean.

Terkini, selang setahun sejak pelancaran permua tersebut, Square-Enix mengumumkan bahawa permua tersebut kini akan dihentikan perkhidmatannya menjelang 5 November 2019 ini. Sekaligus segala kandungan pembelian di dalam permainan tersebut akan dihentikan bermula hari ini.

https://twitter.com/SOA_EN/status/1158652712843718657

Semestinya ini merupakan satu perkara yang agak mengecewakan, terutamanya buat pemain permua tersebut. Meskipun begitu, ianya juga mungkin disebabkan oleh permua tersebut tidak begitu mendapat sambutan ramai oleh pemain.

Meskipun begitu, sekurang-kurang sekarang anda masih lagi mempunyai beberapa bulan tempoh masa untuk bermain permua tersebut yang mana ianya boleh dimainkan secara percuma di iOS dan juga Android.

Leave a Reply