Skip to main content

Dengan pelancaran Gears 5 yang semakin hampir bulan hadapan, Microsoft hari ini mengumumkan berkas konsol Xbox One X yang mana ianya mempunyai rekaan berdasarkan permainan Gears 5.

Menurut Microsoft, berkas tersebut akan dilancarkan pada 7 September 2019 ini dengan harga $499(~RM2094) dan ianya akan menyertakan sebilangan kandungan digital khas bersama-sama alat kawalan Xbox One khas bersama-sama rekaan konsol Xbox One X seakan satu bentuk rekaan ais bersama logo Gears.

Menurut Microsoft, berkas tersebut akan menyertakan konsol Xbox One X berstorankan 1TB, bersama-sama dengan permainan Gears 5 edisi Ultimate. Menariknya juga, berkas tersebut juga akan menyertakan permainan Gears Of War Ultimate Edition, iaitu permainan pertama yang dipernambah-baikkan bersama-sama dengan permainan Gears Of War 2, Gears Of War 3 dan Gears Of War 4, sekaligus melengkapkan siri permainan Gears Of War.

Selain itu, berkas konsol tersebut juga akan menyertakan kod langganan untuk Xbox Game Pass dan Xbox Live Gold selama 1 bulan ebrsama-sama dengan kostum bertemakan ais buat watak Kait dan Ice Jack bagi permainan Gears 5.

Bagi anda yang tidak berminat dengan berkas bersama rekaan khas Gears 5, Microsoft juga umum berkas bersama permainan sahaja tanpa sebarang rekaan khas buat kedua-dua konsol Xbox One X dan juga Xbox One S. Namun berkas tersebut bakal dilancarkan pada 11 September 2019 kelak.

Tambahan itu, untuk melengkapkan koleksi aksesori permainan video bertemakan Gears 5, Microsoft juga umum pelbagai lagi aksesori lain yang dijual secara berasingan seperti dermaga khas untuk alat kawalan yang boleh dicas, fon kepala Razer dan juga cakera keras oleh Seagate yang mana kesemuanya bertemakan permainan Gears 5.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan konsol-konsol ini, anda boleh membeli dan membuat pra-tempahan di mana-mana pengedar rasmi Xbox bermula hari ini.

Gears 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 September 2019 ini di konsol Xbox One dan juga di PC.

Leave a Reply