Permainan realiti-maya Beat Saber sememangnya menjadi tumpuan ramai dengan bentuk permainan rentak muzik yang ringkas di pelbagai platform termasuklah PC dan konsol.

Terkini kerjasama antara Jitu Unggul dan Geek Empire, mereka mengumumkan kejohanan Beat Saber bakal berlangsung minggu hadapan bermula 16 sehingga 18 Ogos ini di Geek Empire, Ampang, Selangor.

Dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM500 di mana pemenang bakal menerima wang hadiah sebanyak RM300 buat tempat pertama, diikuti RM150 buat tempat kedua dan RM50 buat tempat ketiga.

Bagi anda yang berminat, pendaftaran adalah terbuka buat semua dan percuma buat cubaan pertama. Manakala bagi cubaan kedua akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 dan cubaan ketiga sebanyak RM10.

Menurut Jitu Unggul, permainan Beat Saber tersebut akan dimainkan di platform Steam VR dengan menggunakan HTC Vive bersama penyesuai nirwayar. Manakala dari segi pilihan lagu pula, mereka akan menyedia sebilangan lagu berlainan mengikut sesi seperti Imagine Dragons, Feint dan K/DA.

Menariknya juga, kejohanan tersebut juga akan ditayangkan secara langsung di Facebook rasmi Jitu Unggul dan mereka juga akan menyediakan pentas permainan seperti video di atas yang mana pasti akan menjadi satu tayangan yang mengasyikkan.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut termasuklah pendaftaran, peraturan dan sebagainya, anda boleh ke pautan rasmi acara Facebook kejohanan tersebut di bawah.

Layari: Kejohanan Beat Saber Oleh Jitu Unggul

Sohor Kini