Skip to main content

Blizzard akhirnya melancarkan penambahan baharu untuk Hearthstone iaitu Saviors of Uldum. Penambahan ini memperlihatkan pengenalan untuk beberapa kata kunci baharu seperti Reborn dan juga Plague. Ia juga mengembalikan kad jenis Quest.

Saya masih tidak berkesempatan untuk mencuba segala meta baharu yang hadir bersama dengan penambahan ini, pada masa sama meta juga akan mengambil beberapa minggu sebelum menjadi stabil.

Namun, melalui penulisan ini saya akan senaraikan 10 kad yang bagi saya menarik, menarik ini bukanlah bermaksud terbaik akan tetapi kad yang bagi saya akan menjadikan meta lebih berbeza. Untuknya, saya memilih satu kad setiap kelas dan satu kad dari kelas neutral.

Kad Druid: Crystal Merchant

Satu perkara yang penting di dalam Hearthstone adalah mempunyai pilihan kad yang mencukupi di tangan untuk menyerang dan juga bertahan. Melalui kad ini, selagi mana pemain tidak akan menggunakan mana sepenuhnya, ia akan memberikan satu tambahan kad. Seperkara lagi yang saya suka mengenai kad ini adalah ia hanya memerlukan 2 mana tetapi mempunyai nilai pertahanan sebanyak 4, kad yang sukar untuk dihapuskan pada permulaan permainan.


Kad Hunter: Dinotamer Brann

Penambahan baharu ini juga tampaknya membawa kembali “no duplicates”, satu perkara yang saya gemari kerana ia akan menghasilkan deck yang lebih kreatif. Melalui kad ini, walaupun ia memerlukan kos mana 7, tetapi bersama dengannya ia juga akan menyertakan King Krush iaitu kad yang mempunyai serangan dan pertahanan 8 termasuk juga kat kunci charge. Saya boleh rasakan kad ini sangat baik digunakan pada pengakhiran perlawanan, termasuk juga memastikan kemenangan.


Kad Mage: Puzzle Box of Yogg-Saron

Yogg-Saron sering menjadi sesuatu yang menyertakan kacau bilau satu ketika dahulu, ia adalah kad yang sepenuhnya membawa konsep RNG. Kali ini, ia kembali lagi dengan kad yang bagi saya akan mencipta lebih banyak “meme”. Saya tidak nampak ia akan menjadi kad yang penting di dalam meta, tetapi tidak bermaksud ia tidak menyeronokkan. Tambahan ia bukan kad Legendary, anda boleh membawa 2 kegilaan ini.


Kad Paladin: Making Mummies

Seperti yang saya perkatakan sebelum ini, Quest dikembalikan untuk penambahan ini. Bagi paladin, Making Mummies adalah satu kad yang biasa tetapi sangat menarik. Dengan menyelesaikan Quest pemain akan mendapat Emperor Wraps iaitu kuasa hero yang akan mengeluarkan salinan untuk kad yang sudah dimainkan, ia sangat menarik jika digabungkan dengan kad Deathrattle contohnya.


Kad Priest: Wretched Reclaimer

Seperti kad Making Mummies, kad Wretched Reclaimer untuk Preist ini juga agak baik jika dimainkan bersama dengan kad mempunyai kata kunci Deathrattle. Ia adalah kad yang bukan sahaja menyembuhkan kad tetapi membantu untuk melakukan deathrattle tanpa mengorbankan kawalan permainan. Kos mana juga juga sedikit menjadikan banyak kombinasi yang berbeza boleh dibuat.


Kad Rogue: Bazaar Burglary

Satu lagi kad Quest dan kali ini untuk Rogue. Melalui Bazaar Burglary, dengan mendapatkan 4 kad daripada kelas lain pemain akan mendapat Ancient Blades iaitu kuasa hero yang memberikan Mirage Blade iaitu senjata dengan serangan 3 dan ketahanan 2. Menariknya ia juga akan menjadikan hero immune, memudahkan pemain mengosongkan kad lawan. Tambahan syarat untuk menyelesaikan Quest bagi saya adalah mudah untuk dicapai.


Kad Shaman: Plague of Murlocs

Satu lagi kad RNG, kali ini di dalam bentuk Murlocs. Seperti kita sedia maklum, Murlocs mempunyai banyak kad yang jika digabungkan bersama menghasilkan satu kombinasi yang menarik. Dengan kos mana 3, ia adalah satu kad yang saya jangkakan wajib untuk meta Murlocs Shaman, bahkan ia akan menguatkan lagi jenis dek tersebut.


Kad Warlock: Expired Merchant

Expired Merchant adalah satu kad walaupun mempunyai kos mana 2, akan tetapi saya merasakan ia akan banyak digunakan pada peringkat akhir perlawanan dengan kos mana 2, ia masih satu kad yang baik pada pengakhiran kerana boleh digunakan dengan kad yang kos mana lebih tinggi pada satu pusingan yang sama. Satu yang pasti adalah ia akan membantu untuk pemain memastikan mempunyai kad yang diingini apabila ia diperlukan.


Kad Warrior: Into the Fray

Taunt Warrior adalah satu jenis dek yang sudah cukup kuat secara tersendiri untuk pemain yang menggemari control. Kad Into the Fray ini bagi saya menjadikan dek tersebut jauh lebih baik. Benar, pemain masih perlu memastikan kad ini dimainkan pada awal untuk memberi kesan terbaik, tetapi jika kad ini di mainkan pada pertengahan perlawanan, ia masih satu kad yang sangat baik. Terutama Taunt dan Control Warrior tidak perlu melakukan sesuatu yang kuat. Pada masa sama ia juga memberikan pemain lebih masa untuk mengumpul kad Taunt di tangan.


Kad Neutral: Zephrys the Great

Saya boleh katakan ini adalah kad paling menarik di dalam penambahan ini dan juga penambahan-penambahan sebelum ini. Ia membawa RNG ke satu tahap yang lebih berbeza. Dengan menggunakan kad ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan “perfect card” di mana, Hearthstone akan menilai apa yang sedang berlaku dan akan memberi pilihan kad yang bersesuaian untuk digunakan. Ia juga mampu untuk memberikan pemain kad yang boleh terus memberikan kemenangan. Ini saya boleh katakan RNG yang tidak mempunyai kekurangan seperti mana kad RNG yang lain.


Ini adalah 10 kad sahaja daripada 135 kad yang hadir bersama dengan penambahan ini. Apabila pemain mula mencuba pelbagai kombinasi yang berbeza, sudah semestinya pelbagai lagi kad lain yang akan menjadi menarik.

Bagi anda, kad apa yang menarik di dalam penambahan ini?

Leave a Reply