Informasi Permainan Video Terkini
Grandia HD Collection Bakal Hadir Di Konsol Switch Minggu Hadapan

Grandia HD Collection Bakal Hadir Di Konsol Switch Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 7, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana GungHo Online Entertainment akan melancarkan permainan koleksi Grandia HD Collection yang mana ianya akan menyertakan Grandia pertama dan Grandia II di konsol Switch.

Terkini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya di mana ianya akan dilancarkan secara digital melalui Nintendo eShop di konsol Switch pada 16 Ogos 2019 ini. Namun bagi versi fizikal, GungHo Online masih belum mengumumkannya.

Menurut GungHo Online Entertainment, kedua-dua permainan tersebut akan mempunyai pernaik-tarafan dari segi visual, paparan antara-muka dan sokongan dwi-bahasa iaitu bahasa Jepun dan bahasa Inggeris.

Selain itu, bagi anda yang menanti permainan ini di PC, GungHo Online Entertainment juga mengesahkan bahawa permainan pertama Grandia juga akan dilancarkan di PC melalui Steam kelak. Manakala bagi permainan Grandia II Anniversary Edition yang sudah dilancarkan di PC akan ditukarkan nama kepada Grandia II HD Remaster di Steam.

Semestinya buat anda yang meminati permainan JRPG klasik Grandia ini, anda perlu mendapatkannya menjelang minggu hadapan.


TIPS & ULASAN