Skip to main content

Dengan pelancaran permainan Sky: Children Of The Light yang mencapai lebih dari 1 juta muat-turun sebelum ini oleh That Game Company, semestinya studio tersebut menjadi satu tumpuan ramai dengan permainan-permainan mereka yang unik.

Terkini, salah satu permainan mereka yang dilancarkan di Playstation 3, Playstation 4 dan di PC melalui Epic Games Store, Journey kini akhirnya tiba di peranti iOS di mana ianya boleh dibeli dengan harga RM19.90.

Journey akan meletakkan pemain untuk mengembara sebagai seorang watak berjubah merah di mana keseluruh pengembaraannya, pemain akan mengembara di dalam pelbagai jenis lokasi dan menyelesaikan sebilangan tekaria. Apa yang membuat permainan ini sangat menarik adalah fungsi atas-taliannya di mana jika pemain berada di atas-talian, pemain akan menjumpai pemain lain dan berupaya untuk mengembara bersama.

Buat masa ini, ianya hanya dilancarkan di peranti iOS sahaja melalui App Store oleh Annapurna Interactive. Bagi anda yang berminat, anda boleh ke pautan di bawah.

[download] Beli: Journey di iOS[/download]

Leave a Reply