5 Filem Menarik Sepanjang Bulan Ogos 2019

Kita sudah pun hampir ke penghujung tahun 2019. Bulan Ogos adalah bulan terakhir buat suku ketiga 2019 dan bulan ini turut mempunyai banyak filem menarik. Apakah filem-filem menarik ini? Ini adalah lima filem yang pada kami menarik dan anda boleh tonton pada bulan Ogos.

1. BoBoiBoy The Movie 2

Ini adalah filem kedua daripada Animonsta Studio, yang mana filem pertama adalah pada tahun 2016. Filem kedua ini mengisahkan tentang BoBoiBoy dan rakan-rakan seperti Ming, Yaya dan Gopal menewaskan musuh bernama Retak’ka. Retak’ka adalah penjahat yang mendakwa kuasa Elemental BoBoiBoy adalah milik beliau.

Filem ini akan ditayangkan pada 8 Ogos 2019 dan tiket sudah pun boleh dibeli.

2. Dora And The Lost City Of Gold

Jika zaman kanak-kanak dulu anda tonton Dora The Explorer, filem ini mungkin akan mengimbau sedikit kenangan silam. Filem ini mengisahkan Dora dan Diego kini berada di alam sekolah menengah. Kemudian mereka terlibat dengan satu pengembaraan yang mana mereka perlu menyelamatkan ibu bapa Dora. Bersama dengan Dora adalah monyet beliau Boots dan kita juga akan melihat musang bernama Swiper.

Dora juga perlu menyelesaikan misteri tamadun Inca yang telah lenyap. Filem ini juga akan ditayangkan pada 8 Ogos 2019 ini.

3. Ready Or Not

Siapa kata permainan sorok-sorok tidak merbahaya? Filem ini membuktikan yang bermain sorok-sorok adalah satu perkara yang mengerikan. Grace iaitu seorang gadis yang baru sahaja berkahwin perlu bermain sorok-sorok dengan keluarga ipar beliau. Tetapi sorok-sorok ini bukan permainan yang klasik, tetapi melibatkan dera, bunuh dan siapa hidup dia menang.

Filem ini akan ditayangkan pada 22 Ogos 2019.

4. Angel Has Fallen

Ingat lagi dengan filem Olympus Has Fallen? Ia ditayangkan pada tahun 2013 dan mengisahkan mengenai Mike Banning, iaitu ejen buat perkhidmatan rahsia White House yang telah dibuang kerja. Dalam filem ini Mike terperangkap dalam White House disebabkan oleh pengganas. Dengan menggunakan pengetahuan beliau dalam White House bagi menyelamatkan Presiden daripada pengganas. Untuk filem kedua, FBI mula memburu Mike kerana dituduh mengugut bunuh Presiden. Terdapat juga ancaman pengganas baru yang ingin menyerang Air Force One.

Filem ini berlaku dua tahun selepas filem pertama dan ia akan ditayangkan pada 22 Ogos 2019 ini.

5. Sangkar

Lagi satu filem tempatan baharu yang akan ditayangkan dalam bulan Ogos. Filem ini menceritakan kisah Adam dan Johan, iaitu pejuang MMA. Dalam satu pertempuran Adam berjaya menewaskan Johan, tetapi Johan cedera parah. Disebabkan itu, Johan telah memasuki hospital dan Adam mula menyesal. Untuk membayar kesilapan beliau, beliau mula menanggung keluarga Johan. Tetapi Adam juga mempunyai masalah sendiri dan keluarga dan untuk mendapat wang yang cukup, Adam bertanding untuk peringkat antarabangsa.

Filem ini akan ditayangkan pada 29 Ogos 2019 ini. Bagi yang berminat dengan filem aksi dan pelakon seperti Zul Ariffin dan Remy Ishak, ini adalah filem untuk anda.


Dalam semua senarai ini yang paling tidak sabar untuk saya tonton adalah filem BoBoiBoy The Movie 2. Saya yakin ini adalah satu filem animasi 3D tempatan yang gempak dan pasti membuatkan ramai teruja. Anda pula bagaimana?

Sohor Kini