Skip to main content

Ketika acara kejohanan Evo 2019, SNK mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan watak-watak DLC setiap bulan buat permainan Samurai Shodown bermula bulan ini sehinggalah Disember kelak.

Menurut SNK, terdapat 6 watak yang diumumkan bakal tiba bermula bulan ini. Berikut adalah senarai penuh watak DLC musim pertama yang bakal tiba bersama dengan bulan pelancarannya:

  • Rimururu – Ogos
  • Shizumaru Hisame – September (DLC percuma)
  • Basara – Oktober
  • Kazuki Kazama – November
  • Wan-Fu – Disember

Selain itu, SNK juga umum watak DLC musim kedua buat permainan tersebut iaitu Mina Majikina bakal tiba menjelang 2020 kelak.

Samurai Shodown telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Manakala versi Switch dan PC, ianya dirancang untuk dilancarkan sekitar tahun ini.

Leave a Reply