Informasi Permainan Video Terkini
Darksiders II: Deathinitive Edition Diumumkan Untuk Switch – Tiba September Ini

Darksiders II: Deathinitive Edition Diumumkan Untuk Switch – Tiba September Ini

Diterbitkan pada Ogos 6, 2019 oleh .

Darksiders II: Deathinivite Edition merupakan permainan Darksider II yang ditambah-baikkan yang sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC pada tahun 2015.

THQ Nordic hari ini mengumumkan yang permainan tersebut akan turut dikeluarkan di Switch pada 26 September 2019 di mana ia akan dijual dengan harga $29.99 (RM125).

Versi ini akan menyertakan kesemua DLC yang pernah dikeluarkan dan disertakan secara terus di dalam permainan yang membawa durasi permainan kepada lebih 30 jam.

Ia juga akan menyertakan kualiti grafik yang lebih baik berbanding versi asal yang dikeluarkan pada tahun 2012. Bagi anda yang tidak pernah bermain Darksiders, permainan pertama juga sudah dikeluarkan di Switch pada April lepas iaitu Darksiders: Warmastered Edition.


TIPS & ULASAN