Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Siaran Episod Khas Rentas-Siri Arrowverse: Crisis On Infinite Earth Diumumkan

Tarikh Siaran Episod Khas Rentas-Siri Arrowverse: Crisis On Infinite Earth Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 6, 2019 oleh .

Bagi yang tidak mengikuti siri-siri TV Arrowverse seperti Arrow, The Flash, Supergirl, Constantine atau Legends of Tomorrow – tetapi masih minat akan episod khas rentas siri mereka, tarikh siaran buat episod rentas siri Arrowverse: Crisis On Infinite Earth telah diumumkan.

Ya, siri TV adalah satu komitmen yang berat untuk kita ikut. Makan banyak masa dan juga tenaga. Lebih-lebih lagi yang berkait rapat dengan enam siri TV. Jadi, jika anda ingin tonton sahaja episod rentas-siri – berikut adalah tarikh-tarikhnya;

  • Supergirl – Ahad, 8 Disember
  • Batwoman – Isnin, 9 Disember
  • The Flash – Selasa, 10 Disember
  • Arrow – Selasa, 14 Januari 2020
  • Legends of Tomorrow – Selasa, 14 Januari 2020

Perlu diingatkan, yang tarikh ini adalah mengikut tarikh dan masa siaran di Amerika Syarikat. Kemudian untuk tonton siri TV ini, anda perlu menstrim melalui aplikasi The CW dan gunakan VPN dengan langganan preium. Sama-sama kita nantikan kelak.T


TIPS & ULASAN