Siri TV Arrowverse: Crisis On Infinite Earth akan menjadi satu siri TV yang epik. Ini kerana ia penuh dengan misteri dan banyak persoalan. Episod khas rentas-siri ini juga akan lebih menghargai hasil karya DC dan juga menggembirakan hati peminat, kerana akan ada banyak fan service di dalamnya.
Tadi Black Lightning sudah disahkan akan menyertai Arrowverse. Kini, Kevin Conroy pula disahkan akan menjadi Bruce Wayne dan mungkin Batman dalam episod rentas-siri ini. Siapakah Kevin Conroy? Beliau adalah pelakon suara yang telah terlibat dengan banyak projek animasi DC: Batman The Animated. Untuk episod rentas-siri Crisis On Infinite Earth, beliau akan berlakon sebagai Bruce Wayne aksi nyata. Berita ini dikicau oleh Eric Goldman, iaitu wakil Fandom.

Bagaimana? Crisis Infinite Earth ini dijangka akan bermain dengan banyak dunia dan masa. Jadi mungkin dalam dunia Batwoman, Batman sudah tiada – tetapi dunia atau masa yang lain – Bruce Wayne masih wujud. Ada kemungkinan besar juga, Bruce Wayne ini adalah versi yang sama dalam dunia Batwoman. Sebelum ini, Burt Ward turut dilaporkan akan menyertai episod khas rentas siri ini. Siapakah beliau? Burt adalah pelakon yang memainkan watak Robin dalam siri TV klasik Batman pada tahun 1966.

Superman dari Superman Returns juga turut akan muncul dalam episod khas ini. Pelakon adalah Brandon Routh, iaitu pelakon yang sama memainkan watak ATOM dalam Legends Of Tomorrow.