Black Lightning adalah siri TV DC yang memfokuskan watak Black Lightning itu sendiri. Episod demi episod, akhirnya ia turut memperlihatkan kisah keluarga Black Lightning atau nama beliau dalam siri ini Jefferson Pierce. Antaranya adalah anak perempuan sulung beliau sebagai Anissa Pierce sebagai Thunder. Siri TV ini diragui pada awalnya kerana tidak berada dalam dunia yang sama dengan Arrowverse. Black Lightning memfokuskan di lokasi Freedom, iaitu satu bandar yang mempunyai masalah tersendiri.
Disebabkan ramai yang ingin lihat Black Lightning berada dalam dunia Arrowverse, permintaan itu ditunaikan. Black Lightning kini disahkan akan merentas siri dengan episod rentas-siri Arrowverse: Crisis On Infinite Earth. Jika anda tertanya kenapa? Satu siri TV ini masih lagi hak DC, jadi mereka ingin masukkannya sekali dalam dunia yang sama. Cukup sudah dunia DCEU filem tiada arah tuju, sekurang-kurangnya siri TV mempunyai satu dunia yang berbeza.

Kemudian, episod rentas-siri ini juga memfokuskan krisis bumi yang perlu melibatkan banyak adiwira. Pasukan Arrowverse sendiri pasti tidak cukup. Tidak pasti lagi bagaimana pihak produksi akan memasukkan Black Lightning dalam Arrowverse. Jalan cerita penuh buat Aroowverse: Crisis On Infinite Earth masih penuh dengan rahsia.