Riot Games Disahkan Sedang Membangun Permainan Perlawanan

Pengasas bersama EVO dan juga pekerja untuk Riot Games Tom Cannon mengesahkan yang syarikat pembangun League of Legends tersebut sedang membangun permainan perlawanan mereka sendiri.

Ura-ura mengenai permainan baharu oleh Riot Games sudah lama dipercakapkan sejak pengambilalihan studio Radiant Entertainment iaitu studio pembangunan yang ditubuhkan oleh Tom sendiri.

Sebelum di ambil alih oleh Riot Games, Radiant sedang membangun permainan Rising Thunder iaitu permainan perlawanan. Selepas pengambilalihan, pembangunan permainan tersebut dihentikan.

Walaupun, Tom mengatakan ia adalah rahsia yang sudah dibongkar, tetapi masih tidak banyak informasi yang ada mengenai permainan tersebut. Adakah anda berminat dengan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Riot Games?

Sohor Kini