Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berberapa berkas Playstation 4 menjelang bulan ini sehingga September kelak yang mana anda boleh dapatkan pelbagai edisi berkas Playstation 4 dengan harga yang murah.

Antara berkas yang diumumkan adalah berkas Playstation 4 Pro berstorankan 1TB yang mana ianya akan menyertakan 2 alat kawalan Dualshock 4 bersama-sama dengan permainan God Of War dan The Last Of Us Remastered dengan cakera fizikal. Menariknya, berkas tersebut juga akan menyertakan jaminan konsol sebanyak 2 tahun.

Menurut Sony, berkas ini akan mula dijual pada 9 Ogos 2019 dengan harga RM1,849.

Selain itu, bermula 9 Ogos sehingga 1 September 2019, Sony juga mengumumkan tawaran berkas konsol Playstation 4 yang lain di mana anda boleh dapatkan pelbagai permainan dan aksesori secara bersama. Berikut adalah senarai berkas konsol yang ditawarkan.

Berkas pertama yang ditawarkan adalah Playstation 4 pek HITS dengan storan 1TB, dan ia menyertakan permainan God Of War, The Last Of Us Remastered dan Detroit: Become Human. Berkas ini juga akan menyertakan kod langganan Playstation Plus selama 3 bulan.

Menariknya, berkas ini juga akan menyertakan bag mini Playstation khas bersama-sama dengan diskaun sebanyak 50% untuk pembelian Dualshock 4 kedua. Berkas ini akan dijual dengan harga RM1,349.

Berkas seterusnya pula adalah Playstation 4 pek Starter dengan storan 1TB, bersama permainan FIFA 19 dan Overcooked! 2. Berkas ini juga akan menyertakan 2 alat kawalan Dualshock 4.

Menariknya, seperti berkas di atas, ianya juga akan menyertakan beg mini khas Playstation dengan harga RM1,449.

Berkas seterusnya yang diumumkan adalah berkas Playstation VR bersama permainan Beat Saber seperti mana yang diumumkan sebelum ini di mana ianya dijual dengan harga RM1,379.

Kesemua berkas tersebut bakal tiba di pasaran bermula 9 Ogos ini di pengedar-pengedar rasmi Playstation.

Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan tawaran tersebut, Sony juga berkongsi satu imej khas yang mana anda boleh lihatnya di bawah.

Leave a Reply