Informasi Permainan Video Terkini
Soul Calibur VI – DLC Musim Kedua Diumumkan Dengan Watak Tetamu Haohmaru Dari Samurai Shodown
PC

Soul Calibur VI – DLC Musim Kedua Diumumkan Dengan Watak Tetamu Haohmaru Dari Samurai Shodown

Diterbitkan pada Ogos 5, 2019 oleh .

Bandai Namco hari ini mengumumkan DLC musim kedua buat permainan Soul Calibur VI ketika acara EVO 2019 yang berlangsung hujung minggu lepas.

Menariknya, watak DLC musim kedua tersebut akan menyertakan watak tetamu dari siri Samurai Shodown iaitu Haohmaru. Bandai Namco juga menjanjikan 3 lagi watak lain akan tiba melalui pas musim kedua.

Namun, buat masa ini 3 lagi watak lain buat DLC tersebut dan tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan oleh Bandai Namco.

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan watak DLC Cassandra bakal tiba di Soul Calibur VI dan beliau adalah sebahagian buat watak DLC musim pertama. Menurut Bandai Namco, Cassandra akan dilancarkan bermula 8 Ogos 2019 ini.

Soul Calibur VI telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga sebelum ini telah mengulas permainan penuh ini di mana anda boleh ke pautan di bawah.


TIPS & ULASAN