The King Of Fighters XV Diumumkan Secara Rasmi

Selain daripada pelbagai pengumuman permainan lain ketika acara kejohanan permainan perlawanan EVO 2019 hari ini, SNK juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan bahawa permainan The King Of Fighters XV diumumkan secara rasmi dan kini sedang dibangunkan.

Semestinya sebelum ini SNk telah pun mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan tersebut pada tahun hadapan. Namun, melalui pengumuman ini mereka juga memperlihatkan logo rasmi permainan tersebut melalui video acah di bawah.

Meskipun begitu, SNK tidak berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut termasuklah platform pelancarannya. Berdasarkan laporan sebelum ini, permainan tersebut dijangka akan dilancarkan 2020 kelak.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi tambahan.

Sohor Kini