Ketika acara kejohanan EVO 2019 yang berlangsung hujung minggu ini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan watak DLC seterusnya buat permainan Dragon Ball FighterZ iaitu Janemba, seperti mana yang tertiris sebelum ini.
Menurut Bandai Namco, watak tersebut akan tiba pada 8 Ogos 2019 ini di mana beliau adalah watak penjahat utama dari filem Dragon Ball Z: Fusion Reborn.

Selain itu, seperti yang diperlihatkan sebelum ini, watak GogetaSSGSS) juga bakal tiba sebagai watak DLC seterusnya, sekaligus melengkapkan watak musim kedua buat pas musim permainan tersebut.
Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.