Granblue Fantasy: Versus merupakan permainan perlawanan dalam bentuk 2.5D yang dibangunkan oleh Cygames dan Arc System Works untuk PlayStation 4.
Ia adalah berdasarkan permainan Granblue Fantasy iaitu permainan mudah alih yang dikeluarkan 5 tahun lepas. Hari ini, XSEED Games yang akan membawa permainan tersebut ke pasaran global mengumumkan yang ia akan menyertakan “Mod RPG”.
Melalui mod tersebut ia akan membolehkan pemain bermain permainan perlawanan terebut di dalam bentuk aksi RPG, di mana penceritaan Granblue Fantasy: Versus akan disampaikan melalui pelbagai adegan dan juga pertempuran dengan bos penjahat.
Video acah yang memperlihatkan mod tersebut turut dikongsi akan tetapi buat masa ini hanya di dalam bahasa Jepun. Permainan ini dijangka akan tiba pada Februari 2020 di Jepun dan untuk pasaran global akan tiba pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.