Skip to main content

Dengan tamatnya kejohanan Evo 2019 hari ini, Bandai Namco kini mengumumkan bahawa mereka akan membawa musim ke-3 buat permainan perlawanan Tekken 7 yang mana ianya akan menyertakan beberapa watak baharu.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, Bandai Namco juga memperlihatkan dua watak yang bakal tiba melalui musim ke-3 Tekken 7 iaitu Zafina dan Leroy Smith.

Zafina merupakan watak berasal dari Mesir yang mana beliau mempunyai bentuk mempertahan diri kuno. Zafina pertama sekali muncul di dalam siri Tekken adalah di Tekken 6. Kini beliau bakal kembali sebagai watak DLC seterusnya.

Manakala watak Leroy Smith pula adalah watak baharu yang diperkenalkan khas buat pertama kali di dalam permainan ini. Buat masa ini informasi berkenaannya masih belum diperkongsikan.

Selain itu, Bandai Namco juga menjanjikan pelbagai kemaskini percuma yang bakal tiba buat watak-watak sedia ada seperti kemahiran baharu, paparan antara muka baharu dan fungsi-fungsi keseimbangan permainan lain.

Menurut Bandai Namco, musim ke-3 buat Tekken 7 akan bermula September 2019 kelak dengan pelancaran watak Zafina dahulu diikuti watak Leroy Smith dan seperti biasa, pemain berupaya untuk membeli watak tersebut secara berasingan ataupun secara bersama melalui pas musim.

Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Leave a Reply