Informasi Permainan Video Terkini
Roblox Kini Mempunyai 100 Juta Pemain Aktif Bulanan
PC

Roblox Kini Mempunyai 100 Juta Pemain Aktif Bulanan

Diterbitkan pada Ogos 5, 2019 oleh .

Anda mungkin pernah mendengar mengenai Roblox, dan mungkin tidak, tetapi suatu yang pasti ia adalah satu permainan yang sangat popular. Bulan ini, Roblox dilaporkan mempunyai 100 juta pemain aktfi bulanan.

Roblox sangat popular di kalangan kanak-kanak, ia juga popular di kalangan pemain yang kreatif menghasilkan permainan mini di dalam permainan tersebut. Pada tahun lepas, kami melaporkan yang Roblox telah membayar $70 juta (RM292 juta) kepada pereka barangan di dalam permainan.

Populariti Roblox juga boleh dikaitkan dengan jumlah kandungan daripada permainan tersebut yang diterbitkan di Youtube. Roblox boleh dimainakan secara percuma di Xbox One, PC dan peranti pintar (iOS, Android).


TIPS & ULASAN