Skip to main content

Beberapa bulan lepas, Konami mengumumkan permainan seterusnya buat siri permainan bola sepak Pro Evolution Soccer iaitu eFootball PES 2020 dengan nama baharu dan juga hak eksklusif buat kelab Juventus.

Terkini, bagi anda yang ingin mencuba dahulu permainan tersebut sebelum ianya dilancarkan, anda boleh berbuat demikian di mana demo eFootball PES 2020 akhirnya tiba secara percuma melalui konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

Menurut Konami, demo permainan tersebut akan menyertakan beberapa kelab pasukan bola sepak seperti FC Barcelona, Manchester United, Arsenal, Juventus dan sebagainya bersama-asama dengan 3 stadium pilihan iaitu Allianz Arena, Allianz Pargue dan Neu Sonne Arena.

Menariknya juga, melalui demo tersebut pemain juga berupaya untuk mencuba mod luar-talian dan juga atas-taliam bersama-sama dengan mod suntingan(Di Playstation 4 dan Steam sahaja).

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh ke pautan di bawah untuk muat-turunnya mengikut platform pilihan anda.

eFootball PES 2020 akan hadir secara rasmi pada 10 September 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

[download] Muat-turun PS4: Demo eFootball PES 2020[/download]

[download] Muat-turun Xbox One: Demo eFootball PES 2020[/download]

[download] Muat-turun Steam: Demo eFootball PES 2020[/download]

Leave a Reply