Epic Games kini akhirnya melancarkan tawaran permainan percuma bagi minggu ini melalui Epic Games Store di mana bermula hari ini sehingga 9 Ogos ini, anda boleh dapatkan permainan Alan Wake dan For Honor secara percuma.

Alan Wake merupakan permainan pengembaraan penembak pandang ketiga di mana ianya dibangunkan oleh Remedy Entertainment, iaitu pembangun buat permainan akan datang, Control. Melalui Alan Wake, pemain akan bermain sebagai beliau dan perlu mencari isteri beliau selepas kehilangannya. Namun, semestinya terdapat pelbagai misteri yang bakal pemain tempuhi melalui permainan ini.

Manakala permainan For Honor pula ianya adalah permainan yang memfokuskan bentuk pertempuran jarak dekat dengan pelbagai watak di mana ianya dibangunkan oleh Ubisoft. Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di pelbagai platform dengan pelbagai kandungan permainan yang dilancarkan. Melalui versi ini, pemain berupaya untuk mendapatkan permainan asas For Honor secara percuma, namun segala DLC yang dilancarkan sebelum ini boleh dibeli secara berasingan.

Semestinya dengan tawaran ini, anda boleh memiliki permainan tersebut secara terus jika anda menebusnya minggu ini sahaja. Selain itu, Epic Games Store juga memperlihatkan senarai permainan buat minggu hadapan iaitu GNOG, iaitu permainan tekaria 3 dimensi.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua permainan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.

Epic Games Store: Alan Wake dan For Honor

Sohor Kini