Hello Games hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran kemaskini Beyond buat permainan No Man’s Sky iaitu ia bakal tiba pada 14 Ogos 2019 ini. Menariknya sekali, seperti kemaskini mereka sebelum ini, Beyond juga akan dilancarkan secara percuma buat semua pemilik permainan ini.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, kemaskini merupakan kemaskini terbesar oleh Hello Games buat permainan No Man’s Sky di mana mereka menyatakan ianya akan menyertakan mod realiti-maya untuk keseluruhan permainan tersebut melalui Playstation VR dan Steam VR.
Menariknya, berdasarkan ramai kenyataan media lain melalui laman rasmi permainan No Man’ Sky, mod realiti-maya tersebut sememangnya mengubah keseluruhan permainan tersebut. Sekaligus kami sendiri di Aksiz juga tidak sabar untuk mencuba kemaskini ini.
Tambahan itu, Hello Games juga menjanjikan kandungan multi-pemain yang diperkembangkan lagi di mana pemain juga berupaya untuk berinteraksi bersama pemain lain melalui mod realiti-maya tersebut.
No Man’s Sky telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.