Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Bungie akan membawa pembaharuan baharu buat permainan Destiny 2 di mana mereka bukan sahaja akan melancarkan versi percuma buat permainan tersebut melalui pernambahan New Light, malah mereka juga akan melancarkan kandungan berbayar seterusnya melalui Shadowkeep.

Terkini, Bungie mengumumkan bahawa pernambahan tersebut kini akan ditunda sehingga 2 Oktober 2019 ini. Sebelum ini permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan sekitar bulan September dan menurut Bungie, mereka masih lagi memerlukan masa untuk memastikan pelancaran permainan tersebut berada di dalam keadaan yang baik.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum, Bungie kini menerbit permainan tersebut tanpa lagi dibawah naungan Activision dan melalui pengumuman ini, kedua-dua pernambahan tersebut sememanngnya ditunda sehingga Oktober kelak, bersama-sama dengan pelancaran permainan tersebut di Steam.

Sememangnya ini merupakan perkara yang agak mengecewakan buat peminat yang menantinya. Akan tetapi peralihan ini sememangnya akan dipermudahkan oleh Bungie, di mana mereka kini mengubah tarikh cabaran Moments Of Triumph sehingga 17 September di samping fungsi rentas-penyimpanan dari Battle.Net akan tiba sebelum ia dilancarkan di Steam kelak.

Bungie juga menyatakan informasi lanjut akan dikongsikan minggu hadapan. Seperti biasa kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Leave a Reply