Dengan berlangsungnya acara ChinaJoy 2019 minggu ini, terdapat pelbagai permainan-permainan yang diumumkan di mana ianya bertemakan pelbagai dari sejarah China dan juga pembangun dari China.

Terkini, Ubisoft juga tidak melepaskan peluang mereka untuk mengumumkan permainan baharu iaitu Crazy Rabbids: Adventure Party di mana ianya kelihatan mempunyai tema daripada sejarah China yang terkenal, iaitu “Perjalanan Ke Barat”.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan ini masih belum diumumkan dan ianya kelihatan mempunyai bentuk permainan koperasi dengan pelbagai mini-permainan yang pemain bermain bersama rakan-rakan.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sama ada permainan ini akan dilancarkan secara global ataupun tidak kelak.

Sohor Kini