Koei Tecmo hari ini mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan siri Romance Of The Three Kingdoms dengan permainan seterusnya menjelang awal tahun hadapan.

Melalui Romance Of The Three Kingdoms XIV, Koei Tecmo menyatakan bahawa mereka akan melancarkannya di konsol Playstation 4 dan jgua di PC. Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan sejarah buat siri permainan tersebut bermula dengan permainan pertamanya pada tahun 1985 lepas.

Manakala bagi anda yang baharu dengan siri ini, ianya adalah permainan strategi taktikal secara turutan yang memfokuskan pemain untuk mengurus dinasti China.

Permainan terakhir buat siri ini iaitu Romance Of The Three Kingdoms XIII dilancarkan pada 2016 lepas di pelbagai konsol dan termasuklah di konsol Switch. Terkini, tampaknya Koei Tecmo hanya akan memfokuskan di Playstation 4 dan PC sahaja.

Meskipun begitu, kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebagarang pengumuman lanjut.

Sohor Kini