Tahun lepas, Nintendo melancarkan satu permainan sukan tennis, iaitu Mario Tennis Ace khas di konsol Switch.
Hari ini, Nintendo mengumumkan baahwa bermula 7 hingga 13 Ogos ini, anda berpeluang untuk mencuba keseluruhan permainan tersebut secara percuma khas buat pelanggan Nintendo Switch Online.
Menurut Nintendo, tawaran ini merupakan tawaran “Game Trials” yang disediakan oleh mereka melalui langgan Nintendo Switch Online dan Nintendo juga akan menawarkan harga diskaun buat permainan tersebut bermula 7 Ogos kelak dengan diskaun sebanyak 40% khas melalui Nintendo eShop.
Tambahan itu, segala kemajuan pemain ketika pemain bermain melalui tawaran ini, boleh dibawa ke permainan penuh setelah pemain membelinya.
Semestinya ini merupakan satu tawaran yang sangat menarik, terutamanya mereka yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut sebelum ini. Bagi anda yang berminat dengan Mario Tennis Ace, pastikan anda mendapatkannya menjelang minggu hadapan.