1C Entertainment dan Layopi Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan beraksi, Devil’s Hunt ke konsol dan PC.
Menurut 1C Entertainment, ianya akan tiba pada 17 September ini di PC, manakala versi konsol pula bakal tiba tahun hadapan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.
Melalui kenyataan 1C Entertainment, Devil’s Hunt merupakan permainan berbentuk “simulasi menumbuk iblis” yang mana ianya memfokuskan bentuk beraksi dengan kamera pandang ketiga. Pemain akan bermain sebagai Desmond, iaitu seorang lelaki dengan kuasa Iblis.
Bersempena dengan pengumuman ini, 1C Entertainment juga memperlihatkan bentuk permainan Devil’s Hunt yang mana ianya sedikit sebanyak mengingatkan kami dengan permainan Infamous Second Son dan Devil May Cry.
Seperti biasa, kami akan megnemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.