Informasi Permainan Video Terkini
Monkey King: Hero is Back Menerima Video Acah Baharu – Memperlihatkan Beberapa Watak Lain

Monkey King: Hero is Back Menerima Video Acah Baharu – Memperlihatkan Beberapa Watak Lain

Diterbitkan pada Ogos 2, 2019 oleh .

Pertama kali diumumkan semasa ChinaJoy 2017, kemudian menerima video bentuk permainan di acara sama pada tahun 2018, pembangun Hexa Drive sekali lagi berkongsi video acah baharu untuk permainan tersebut di ChinaJoy tahun ini.

Video tersebut memperlihatkan watak Sun Wukong yang tampak lebih berkuasa berbanding video bentuk permainan pada tahun lepas. Ia juga memperlihatkan penjahat-penjahat akan perlu dilawan oleh pemain.

Ia sebelum ini, dikatakan akan tiba sekitar tahun 2019 tetapi tiada tarikh tetap diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN