miHoYo Technology iaitu pembangun yang popular dengan permainan mudah alih Honkai Impact, hari ini mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan permainan aksi dunia terbuka Genshin Impact di PlayStation 4. Ia juga diumumkan untuk PC dan sebagai permainan mudah alih sebelum ini.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi “The Traveler” yang bangun daripada satu tidur yang lama dan terpisah daripada ahli keluarga di satu kepulauan misteri di dalam dunia bernama Teyvat. Pemain akan mengembara untuk mencari ahli keluarga dan juga mengetuai lebih lanjut mengenai pulau tersebut.

Teyvat akan menyertakan 7 bandar/negara dan setiapnya mempunyai keunikan tersendiri daripada rekaan bangunan dan juga permadangan. Selain itu pemain juga berpeluang untuk mengubah suai pakaian dan juga tempat tinggal untuk memberi pemain lebih kebebasan.

Watak pemain juga akan mempunyai kebolehan untuk mengawal salah satu daripada 7 elemen seperti Pyro, Hydro, Electro, Anemo dan Dendro membolehkan pemain untuk melakukan serangan yang unik dan berkuasa. Ia juga berguna untuk menyelesaikan pelbagai tekaria sepanjang pengembaraan.

Walaupun berseorangan pada permulaan, tetapi sepanjang sesi bermain, pemain berpeluang untuk disertai oleh lebih 30 watak yang mempunyai rekaan serta kebolehan tersendiri dan pemain boleh membina pasukan seramai 4 orang dengan menukar-tukar mengikut keinginan.

Selain bermain secara solo, Genshin Impact juga menyediakan fungsi untuk pemain bermain bersama rakan secara dalam talian. Buat masa ini tiada tarikh tetap diumumkan akan tetapi ia akan tiba sekitar tahun 2020.

Sohor Kini