Skip to main content

Musim kedua siri TV Marvel Cloak & Dagger oleh Freeform TV sudah pun tamat dengan sepuluh episod pada bulan Mei lepas. Tetapi itu tidak bermakna siri ini akan berakhir begitu sahaja.

Siri TV Marvel Runaways musim ketiga akan hadir dengan satu episod rentas-siri bersama-sama dengan Cloak & Dagger. Ini secara tidak langsung menjadi siri TV Marvel pertama yang akan mempunyai episod rentas-siri antara satu sama lain. Sebelum ini hanya siri TV Agents of S.H.I.E.L.D merentas-siri dengan filem MCU sahaja. Tidak pasti lagi bagaimana adiwira-adiwira dari Runaways akan bertemu dengan pasangan Cloak & Dagger. Tetapi musuh berkuasa bernama Morgan le Fay adalah halangan utama untuk Runaways musim ketiga ini, jadi mungkin mereka akan menghubungi Cloak & Dagger untuk meminta bantuan.

Walaupun hubungan dua siri TV ini dengan MCU hanya sedikit sahaja dan hanya melalui sebutan nama, petanda-petanda kecil – kedua-dua siri TV ini masih dikira sebagai sebahagian dalam MCU. Bagi yang berminat menonton kedua-dua siri ini, anda boleh langgan Hulu dan perkhidmatan VPN premium untuk menontonnya. Runaways musim ketiga hanya akan memulakan siaran pada 13 Disember kelak.

Leave a Reply