Informasi Permainan Video Terkini
Keep Talking And Nobody Explodes Untuk iOS Dan Android Kini Tiba

Keep Talking And Nobody Explodes Untuk iOS Dan Android Kini Tiba

Diterbitkan pada Ogos 2, 2019 oleh .

Seperti yang diumumkan pada bulan lepas, Steel Crate Games akhirnya mengumumkan permainan tekaria koperasi Keep Talking and Nobody Explodes versi permainan mudah alih kini dilancarkan di App Store untuk iOS dan Play Store untuk Android.

Bagi yang tidak mengetahui mengenai permainan ini, ia boleh dimainkan dengan sekurang-kurangnya 2 pemain di mana seorang pemain akan melihat permainan tersebut di peranti, dan seorang lagi akan membaca manual yang boleh dimuat turun untuk memberi cara bagi menyelesaikan pelbagai tekaria untuk memadamkan bom.

Permainan ini dijual dengan harga RM39.90 di App Store dan RM41.99 di Play Store. Ia juga sudah dikeluarkan untuk PC, Switch, Xbox One dan PlayStation 4.

App Store: Keep Talking And Nobody Explodes

Play Store: Keep Talking And Nobody Explodes


TIPS & ULASAN