Informasi Permainan Video Terkini
Nightwolf Iaitu Watak DLC Seterusnya Untuk Mortal Kombat 11 Diperlihatkan Secara Rasmi

Nightwolf Iaitu Watak DLC Seterusnya Untuk Mortal Kombat 11 Diperlihatkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 2, 2019 oleh .

Warner Bros. dan NetherRealm Studios hari ini mengumumkan yang watak DLC seterusnya buat permainan Mortal Kombat 11 iaitu Nightwolf akan tiba pada 13 Ogos 2019 untuk pemilik Kombat Pack. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga menyertakan satu video acah.

Nightwolf atau nama lain beliau Grey Cloud merupakan pejuang untuk puak Matoka. Beliau mempunyai pergerakan yang menggunakan kapak, beliau juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan senjata menggunakan magis.

Seperti diumumkan sebelum ini, Nightwolf adalah salah seorang watak DLC daripada 5 watak DLC yang diumumkan. Beliau menyertai Shang Tsung yang sudah tiba pada Jun lepas dan akan disertai oleh Sindel serta Spawn dan 2 watak jemputan yang akan diumumkan kelak.

Watak-watak DLC boleh didapati melalui Kombat Pack yang dijual dengan harga RM159 di PS Store, $39.99(~RM166) di Xbox Store serta Nintendo eShop dan RM155 di Steam.

Bagi yang tidak memiliki permainan asal, ia dijual bersama dengan harga RM392 di PS Store, $99.99 (~RM415) di Xbox Store serta Nintendo eShop dan RM350 di Steam.

Setiap watak tersebut akan turut dijual secara berasingan selepas seminggu dikeluarkan untuk pemilik Kombat Pack dengan harga RM24 di PS Store, $5.99(~RM24) di Xbox Store serta Nintendo eShop dan RM20 di Steam.

Mortal Kombat 11 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC pada April lepas.


TIPS & ULASAN