Skip to main content

Bigben dan Kylotonn (KT Racing) hari ini mengumumkan yang permainan simulasi perlumbaan Rally mereka iaitu WRC 8 akan dikeluarkan dengan pelbagai edisi iaitu edisi biasa, edisi Digital Deluxe dan juga edisi Collector secara fizikal.

Edisi Digital Deluxe akan menyertakan permainan itu sendiri, peluang untuk bermain WRC 8 48 jam lebih awal, krew untuk digunakan di mod karier dan juga pek kereta Legendary yang menyertakan tiga kereta iaitu Alpine A110, For Escort RS dan Lancia Delta HF Intergrale. Ia akan dijual dengan harga €69.99(RM322).

Edisi Collector pula menyertakan permainan asas, tiga bulan langganan All Live untuk WRC+ iaitu perkhidmatan penstriman bagi perlumbaan WRC yang bernilai RM124, krew untuk disertakan di dalam mod karier dan juga pek kereta Legendary seperti edisi Digital Deluxe. Pemain juga akan menerima steelbox yang bertemakan WRC. Boleh didapati dengan harga €89.99(RM414).

Pemain yang pra-tempah mana-mana edisi juga akan menerima pek RWD Legends yang menyertakan dua kereta iaitu Lancia 037 dan Porsche 911 GT3 RS RGT. Namun buat masa ini, laman untuk pra-tempah bagi pemain di Malaysia masih tidak disediakan.

WRC 8 akan dikeluarkan pada 5 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala untuk Switch akan tiba sekitar bulan Oktober 2019.

Leave a Reply