Selain daripada bentuk permainan Call Of Duty: Modern Warfare yang diperlihatkan, Activision juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan edisi terhad khas buat permainan tersebut yang mana ianya akan menyertakan gogal penglihatan gelap khas, yang boleh digunakan secara nyata.

Buat masa ini, ianya tidak pasti sama ada edisi tersebut akan dilancarkan di pasaran Malaysia ataupun tidak di mana Activision sendiri menyatakan mereka akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaan pelancarannya di pasaran Malaysia pada masa akan datang.

Namun, bagi pasaran Amerika Syarikat, ianya akan dijual dengan harga $199.99(~RM830) khas di Gamestop, yang mana ianya bukan sahaja menyertakan gogal khas tersebut, malah pelbagai kandungan digital lain.

Berikut adalah kandungan buat Call Of Duty: Modern Warfare Dark Edition:

  • Permainan penuh Call Of Duty Modern Warfare
  • Gogal Penglihatan Gelap
  • Pemegang berdiri gogal
  • Bekas besi
  • Kandungan digital – Pisau taktikal
  • Kandungan digital – Pek Operator “All Ghillied Up”
  • Kandungan digital – Pek Operator “Crew Expendable”
  • Kandungan digital – Pek Operator “War Pig”
  • Kandungan digital – Kad pemanggil animasi “Call Of Duty Endowment (CODE)”

Call Of Duty: Modern Warfare merupakan permainan penembak pandang pertama dan ianya bakal tiba 25 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Manakala sesi beta pula bakal berlangsung bermula September ini.

Sohor Kini