Salah satu permainan RPG yang mendapat sambutan ramai oleh Airship Syndicate di konsol Switch, iaitu Battle Chasers: Nightwar kini akhirnya tiba di peranti telefon pintar di iOS dan Android di mana ianya dilancarkan dengan harga bermula RM39.90.

Bagi anda yang tidak tahu berkenaan permua ini, ianya adalah permainan RPG yang mempunyai bentuk pertempuran secara turutan di mana ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, PC dan juga Switch.

Terkini melalui versi permua ini, permua ini dibangunkan khas dengan bentuk kawalan dengan penggunaan skrin sesentuh.

Permua ini memfokuskan pemain untuk bermain sebagai pelbagai watak yang terdiri daripada Garrison, Calibretto, Red Monika, Knolan dan Gully, iaitu seorang gadis yang mempunyai gauntlet magis yang berkuasa. Untuk menyelesai misteri tersebut, pemain akan mengembara bersama mereka untuk mencari ayah Gully, namun mereka terhempas di satu pulau bermisteri.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh ke App Store atau Google Play Store untuk membelinya dengan harga RM39.90.

Beli iOS : Battle Chaser: Nightwar

Beli Android : Battle Chaser: Nightwar

Sohor Kini