Activision hari ini akhirnya memperlihat bentuk permainan Call Of Duty: Modern Warfare dengan lebih lanjut di mana mereka mengadakan satu penstriman khas.

Melaluinya, mereka bukan sahaja memperlihatkan peta lokasi permainan, malah pelbagai bentuk senjata dan bagaimana permainan ini adalah satu bentuk olahan semula daripada permainan Call Of Duty 4: Modern Warfare yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Selain itu, video acah rasmi bentuk multi-pemain juga diperlihatkan.

Melalui video di atas, Activision memperlihatkan sebilangan senjata yang berlainan daripada senapang jarak jauh, pistol dan menarik sekali adalah pelbagai kelengkapan gajet lain seperti dron yang mana akan membantu pemain untuk menumpaskan musuh.

Activision juga menyatakan bahawa Call Of Duty: Modern Warfare kali ini juga tidak akan mempunyai sebarang pas musim dan sebarang kandungan akan datang, mereka akan menyertakan secara percuma buat semua pemain.

Activision juga berkongsi tarikh beta buat permainan tersebut di mana ianya bakal bermula September ini di konsol Playstation 4 dahulu di mana akses awal beta tersebut akan diberi kepada mereka yang membuat pra-tempahan. Berikut adalah senarai tarikh beta:

  • Akses Awal Playstation 4 – 12 hingga 13 September
  • Beta terbuka buat Playstation 4 – 14 hingga 16 September dan 19 hingga 23 September
  • Akses Awal buat Xbox One dan PC – 19 hingga 20 September
  • Beta terbuka buat semua platform – 21 hingga 23 September

Call Of Duty: Modern Warfare merupakan permainan penembak pandang pertama dan ianya bakal tiba 25 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

[sedang dikemaskini]

Sohor Kini