Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman permainan pernambah-baikkan Ghostbuster: The Video Game Remastered sebelum ini, Saber Interactive dan Mad Dog Games akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran permainan tersebut iaitu ia bakal tiba pada 4 Oktober 2019 ini khas di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Epic Games Store.

Ghostbuster: The Video Games asalnya merupakan permainan aksi pengembaraan yang dilancarkan pada 2009 di konsol generasi sebelum ini. Terkini melalui versi pernambah-baikkan ini, ianya akan mempunyai pelbagai pernaik-tarafan termasuklah visual definisi tinggi buat konsol generasi kini.

Bersempena dengan pengumuman ini, IGN juga berkongsi satu video khas yang mana ianya memperlihatkan sebahagian bentuk permainan tersebut denganketika pemain bertempur dengan ketua musuh Stay Puft Marsmellow Man.

Leave a Reply