Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Musim Ke-10 Menyertakan Sut Robot Yang Boleh Dikawal

Fortnite Musim Ke-10 Menyertakan Sut Robot Yang Boleh Dikawal

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Fortnite musim ke-10 akan bermula tidak lama lagi, pelayan permainan sudah ditutup untuk kemaskini. Seperti biasa, bermulanya musim baharu, anda perlu membeli Battle Pass untuk musim ini. Menariknya, apabila ia bermula, anda juga boleh menerima dan memberi Battle Pass sebagai hadiah sehingga 15 Ogos.

Antara perkara baharu yang disertakan pada musim ini adalah kenderaan dalam bentuk sut robot iaitu B.R.U.T.E. Sut tersebut boleh dikawal sehingga 2 pemain iaitu seorang akan mengawal pergerakan, manakala seorang lagi akan mengawal senjata.

Senjata yang disertakan bersama dengan sut tersebut adalah Shotgun dan pelancar pelur berpandu. Ia juga menyertakan satu kuasa baharu iaitu Overshield, di mana anda boleh menukar material kepada Shield.

Selain itu ia juga akan menyertakan pelbagai penambah-baikkan untuk Fortnite yang anda boleh baca secara penuh di laman rasmi Fortnite.


TIPS & ULASAN