Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Ogos 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus dimana ianya boleh dimuat-turun bermula 7 Ogos 2019 sehingga 3 September 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • WipEout Omega Collection (PS4)
  • Chronicles Of Teddy: Harmony Of Exidus (PS4)

Selain itu, Sony juga menyertakan tema khas Dinamik Playstation 4 Toro khas yang mana pemain boleh muat-turunnya secara bersama.

Sememangnya ini merupakan senarai yang agak sederhana jika ingin dibandingkan bulan lepas dan memandangkan bermula bulan ini, harga langganan Playstation Plus meningkat, ianya berasa permainan bulan lepas, iaitu Detroit: Become Human lebih berbaloi.

Meskipun begitu, kami sendiri sangat menyukai permainan WipEout Omega Collection dan ianya merupakan salah satu permainan pernambah-baikkan yang sangat baik oleh Sony.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan Julai anda boleh memuat-turunnya sehingga 6 Ogos ini.

Sohor Kini