Melalui satu video yang dikongsi oleh channel rasmi Pokemon Jepun, mereka mengumumkan yang permainan mudah alih Pokemon Go oleh Niantic telah dimuat turun sebanyak 1 bilion kali untuk semua platform sejak dikeluarkan 3 tahun lepas.
Sensor Tower melalui kuciran di akaun Twitter mereka selain mengucap tahniah atas kejayaan tersebut turut mengatakan yang mereka menganggarkan permainan tersebut telah mengutip jumlah pendapatan sebanyak $2.7 bilion(RM11.2 bilion) setakat ini.
Ini merupakan satu kejayaan yang baik untuk The Pokemon Company dan juga Niantic, mungkin satu kejayaan yang ingin mereka ulangi melalui permainan terbaru mereka iaitu Harry Potter: Wizards Unite.