Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsikan satu permainan pertempuran royale yang dibangunkan oleh Automaton Games, iaitu Mavericks: Proving Grounds sedang di dalam pembangun. Namun, dukacitanya selepas setahun setengah, permainan tersebut kini sah dibatalkan.

Permainan ini sebelum ini mendapat perhatian ramai di mana pembangun menjanjikan bahawa ianya mempunyai bentuk pertempuran royale dengan sokongan sehingga 400 pemain serentak bersama-sama dengan sokongan 1000 pemain di satu dunia permainan.

Menurut kenyataan Automaton Games di laman rasmi mereka, syarikat pembangun tersebut tidak mempunyai dana yang mencukupi, sekaligus segala pembangunan permainan tersebut dihentikan dan syarikat tersebut kini di bawah urusan oleh pihak ketidakmampuan bayar di United Kingdom.

Sememangnya ini merupakan satu perkara yang agak mengecewakan, terutamanya buat mereka yang menanti permainan pertempuran royale ini. Namun, ianya juga memperlihatkan Automaton Games sangat bercita-cita tinggi untuk menghasilkan permainan yang berskala sebesar ini.

Leave a Reply